Kenapa Anak Muda Pilih PAS?
Muhaimin Safaruddin Anak muda berdarah panas seringkali bertindak di luar kebiasaan mereka. Menjadi suatu yang lumrah apabila mereka mudah bereaksi terhadap perkara yang menyentuh kepentingan dan hak anak muda di dalam negara Malaysia. Disebabkan itu, menjadi suatu kebiasaan apabila anak muda lebih tertarik dengan aturan politik bernuansa sosialis yang kelihatan vokal dalam memperjuang hak rakyat dan anak muda khususnya.
Namun, wujud suatu arus yang tidak diduga apabila orang muda mula mengalihkan perhatian mereka kepada PAS yang bernuansakan Islam melalui sayap partinya iaitu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Arus ini yang mula dikesan semenjak tahun 80-an telah menjadi semakin hebat apabila zaman IT telah menjengah ke dalam negara. Walaupun PAS yang sering dilihat lambat dan terlalu sederhana dalam gerakan politiknya adalah tidak menepati sifat darah panas yang dimiliki oleh orang muda;
Mengapa orang muda tetap memilih PAS sebagai wadah untuk mereka merobah arus politik negara Malaysia?
Buku ini akan menerangkan secara sederhana kepada rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk mereka mendapatkan maklumat dan pendedahan tentang PAS secara tersirat. Maklumat dan pendedahan yang dipaparkan di dalam buku ini mungkin tidak akan para pembaca dapatkan jika tidak berada dalam program-program PAS.
Selamat membaca.
Genres:
120 Pages