30 Tahun GAMIS: Perjuangan Mahasiswa dan Rakyat Tiga Dekad Tanpa Noktah
Muhaimin Safaruddin Usia 30 tahun merupakan sebuah usia yang sudah layak disebut sebagai matang. Sekiranya dia itu seorang lelaki, maka menjadi suatu impian bagi setiap orang jejaka seandainya pada umur tersebut, dia sudah pun berkahwin dengan seorang wanita yang dapat membahagiakan rumah tangga, atau memiliki anak-anak yang dapat menyejukkan mata, atau jua mempunyai kedudukan ekonomi yang dapat mengukuhkan tapak kakinya untuk berjalan seratus tahun lagi.
Demikianlah seperti yang sedang dirasai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada hari ini. Tahun 2019, GAMIS berjaya melakarkan sebuah sejarah Jubli Mutiara (Pearl Jubilee), setelah penubuhannya selama 30 tahun. Bermula dari tahun 1989, sudah tentu ranjau yang perlu ditempuhi oleh GAMIS itu bukanlah barang yang sedikit. Namun begitu, GAMIS tetap kuat berjalan terus, menerjang badai, dan menongkah gelombang tribulasi yang sentiasa bertali arus sehingga ke hari ini.
Sudah tentu, karya yang serba ringkas ini tidak akan mampu untuk mencoretkan segalanya satu persatu tentang ranjau yang pernah ditempuh oleh GAMIS. Namun begitu, kenang-kenangan itu wajarlah sekali ditulis kembali (walaupun mungkin tidak sempurna), agar dapat dijadikan renungan dan pelajaran buat generasi yang kemudian, dijadikan peringatan kepada anak-anak perjuangan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, serta dijadikan bekalan kepada para amilin dan du‘at yang bakal menempuhi sebuah medan serangan pemikiran (ghazwah al-fikr) dalam dunia pascamodenisme dan pasca-Islamisme yang lebih dahsyat lagi.
Genres:
133 Pages