Haniff Zikri PEMENANG HADIAH UTAMA HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB II 2025
Kehidupan bermula dengan mengenal. Di syurga, pelajaran pertama Adam adalah nama-nama. Darinya manusia mengenali pelbagai rasa dan pengalaman. Manusia belajar memahami dan membezakan. Mengingat dan melupakan.
Kehidupan ada permulaan dan pengakhiran. Dan di antaranya adalah himpunan kata-kata; sebahagian dijadikan kenangan, dan sebahagian lagi dijadikan dendam.
Nama Pertama untuk Duka adalah sejumlah pelajaran tentang manusia mengenal kejadian dan ketiadaannya.
Genres:
102 Pages